Followers

Monday, March 2, 2015

Ovarian Cyst




 


Benda ni lah berjaya dikeluarkan dari perut aku.
Nama penyakit ni Ovarian Cyst. Dalam cyst ni ada air. Terjadi kerana hormon. 
Contohnya makan ayam yang disuntik dengan hormon kemungkinan besar puncanya 
( aku suka makan ayam )

Dalam cyst, jangan terkejut kalau ada rambut , gigi dan tulang sebab sel2 rambut , 
gigi kita akan turun pergi ke cyst. Ngeri kan.. dont worry, itu benda normal jee..

Pada awalnya, tiada rasa sakit atau tanda2. Cuma leh rasa lain di bahagian perut.
Semua wanita ada cyst, cuma bezanya besar atau kecil . Saya pesan pada smua wanita, 
pergi cek sebab benda ni membesar tanpa kita sedari .

Cyst ada dua, bahaya & tak bahaya. Saya punya Alhamdulillah xbahaya. Berat air dalam 
cyst ni 1liter bersamaan 1kg . Bayangkan bawak benda ni dalam perut . Erghhhh. 
Alhamdulillah dah kempis dah haha

Cara operation dia senang sahaja, just tebuk dan dia pecahkan air dalan cyst tu 
kemudian sedut sarung dan keluarkan. So, inilah hasilnya!! Menarik kan . 
Kalau cyst yg ada ketulan darah, ia perlu dibelah perutnya itu.

Jangan malu untuk kongsikan penyakit ni sebab wanita harus berjaga2. 
Lepas ni jangan makan ayam banyak sangat. Klu tak ini lah jadinya..

~ doakan saya cepat sembuh yaa ~
~ doctor yang wassup gambor ni, advance sgt my doctor. Siap wassup vdeo skali. I like it. 
Boleh tunjuk kat anok cucu cicit esok2 hehe


Menjawab persoalan dari Hariza Azmi ::
 
1. Cyst ni ada bnyk jenis..
Bezanya Bahaya dan tidak bahaya. Bahaya mungkin membawa maut.


2. Cyst terjadi sebab hormon. Hormon macam mana wallahu alam.

3. Macam mana ada rambut , gigi?? Sbb sel2 kita turun dekat cyst.. bukan rambut atau gigi.. 
tapi SEL . Mcm kita preggy, mcm mana baby tiba2 ada rambut ?? Mcm tu la cyst.

4. Yer.. memang saya operate keluar kot perut dan cyst dekat rahim. 
kena paham sbb cyst sy punya besar.

5. Org xmakan ayam pon boleh kena cyst, so punca dia xsemestinya makan ayam.

6. Doc just buang cyst, not ovari. Unless cyst tu dah berjangkit ngan ovari. 
Soal percentage pregnant atau tak, wallahu alam.

7. Even dah buang cyst, berkemungkinan cyst akan tumbuh balik, sebab cyst ibarat pokok, 
kita tebang batang je. Akar belum. Salah satu cara xnak bagi cyst tumbuh balik, kena buang ovari. 
Ovari tu lah akar kpada pokok

Any question???






No comments: