Followers

Wednesday, March 18, 2015

GST


 
 
walaupon GOV dh war2kan bahawa GST akan dilaksanakan pada 01/04/2015 tetapi sudah ada setengah kedai / service telah mula tetapkan harga mengikut GST.
 
























Friday, March 13, 2015

Genap Seminggu (6/3/2015) Melalui Pembedahan Endometriosis Stage 3


YA ALLAH, aku terima dugaan dan ujian yang diberikan ini...
Niat cuma nak rehat lama di Penang (kg kononnya tapi tetap bandar) kerana kerja yang banyak di Ipoh.. 
Mulai dari awal/hujung Febuari 2015 :
{+} siapkan soalan final Exam Level 4 ( teori&amali )
{+} prepare jadual kelas/pengajar baru
{+} takwim bagi student bari
{+} siapkan SIC pelajar
{+} check portfolio pelajar & segala assignment pengajar lama
{+} 24/2/2015 - 27/2/2015 student exam tapi penat serupa seperti kita 
yang ambik exam
setelah selesai semuanya 28/2/2015 kena pulak kerja hari SABTU... spoil moodkan then masa rehat yang tidak cukup... terasa sangat2 letih bila bangun pagi... tetapi demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal ku gagahkan jua diri ini... Setiap pagi & hampir setiap rasa terasa kesakitan dibahagian bawah perut dan kadang kala sakit dipinggang...
 
 
pada jumaat bersamaan 6/3/2015 JUMAAT,  gerak la jam 6.30pagi untuk pergi ke Panel Klinik di Fair Park tapi tutup... so sedih la jugak kan harap boleh nak rehat then terus ke HRPB IPOH (HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN) bahagian kecemasan tapi bila pikir takut jugak diKatakan KES TAK SERIUS then terus gerak ke Klinik GreenTown berdekata jugak. So masa tu masa itu masih awl pagi jam 7.00pagi. dari sini saya akan buat tentatif / perjalanan saya seharian di KK GreenTown & HRPB.
 
 
7.00am - pergi daftar di Pendaftaran
 
7.30am - dipanggil mengikut giliran masuk bilik DOKTOR. disuruh check urine sebabnya saya kata sakit bahgian perut sebelah kanan & pinggang kanan. DOC risau urine kotor
 
8.00am - baru dibuka :: msk check urine tunggu 10minit baru tahu result::
 
 
8.20am - masuk balik jumpa DOC, DOC kata ok tiada masalah dengan urine. bila disemak previous           report DOC tanya ada appoitment dengan GYNAE(Pakar Sakit Puan) ke? , saya cakap ada tapi 6/4/2015 maksud sebulan dari sekarang. DOC keluarkan surat dan minta tunggu diluar.. Sementara tunggu doktor panggil semula terasa lapar sebab xsempat makan apa2 or minum.. then pergi la ke Cafe Klinik beli mineral dan roti kaya bakar walupon tahu diri tiada selera.
 
 
 
08.40am - Nurse panggil pergi ke bahagian yang bawa ambulan katanya kena refer hospital.. OK..              masa itu baru sedar diri hanya selesai sepinggang sebab hanya bawa handphone tanpa powerbank dan purse sahaja. then nurse masukkan air yang biasa dimasukan.. tak ingat namanya either sodium choloride or lain. Nurse ada hal perlu disettle so tunggu la dalam bilik tue. Masa itu jugak la 1st time diusung naik kerusi roda dengan dimasukkan air dan naik AMBULANS pergi ke bahagian KECEMASAN di HRPB
 
 
 
9.15am - daftar then masa untuk menunggu untuk diperiksa oleh DOKTOR yang bertugas dibahagian Kecemasan. masa menunggu jangan kata la sebabnya ramai orang kan bilik hanya 2 saja.. Sabar saje lah.. sebab macam2 kes untuk bahagian kecemasan. Dalam masa yang sama sakit makin menjadi2 then 
setip titik yang jatuh terasa sakitnya.. sehingga la air SODIUM habis pon masih belum dipanggil. then cakap dengan MA lelaki (Medical Assistant) yang bertugas cakap makin sakit dan tak larat. so ditanggalkan la tiub penyambung 
 
 
masa berjumpa DOKTOR,cakap maslah yang dihadapi so DOC buat checkup dengan UltraSound sekali lagi then DOC kata ini bukan fibroid tapi Cysts. DOC beritahu katanya takut ia jadi lagi teruk sebab dah 10cmx10cm.. terkejut jugak sebab sebelum ni tahu dari 7cm x 6.2cm saja. tak tahu naik dengan drastik sebabnya pantang untuk makan yang aktifkan  CYSTS seperti ayam,daging merah, ikan keli, ikan pari etc la.
 
 
untuk pengetahuan DOC itu laki dan sangat "Kerek" jugak la.. yela kita kan sakit tapi kita yang kena buat semua dari hantar urine --- lab, tanya nurse di lab result dah dapat belum 2x kena jalan g lab.. sabar je la masa itu.
 
 
11.10am - hantar urine pergi ke bahagian makmal untuk diuji sekiranya ada masalah apa dari kesihatan kita.. katanya dalam 1jam - 1jam 30 minit. dalam masanya sama dh SMS  MyMAMA gtaw kalo lambat mungkin tak balik sebab masih dihospital..
 
 
12.30pm - baru tahu result tapi DOC tiada cakap apa cuma tiba2 nama dipanggil untuk diperiksa dibahagian E-PAU. maaf yea nama penuh tak ingat pulak. geram pon ada dengan DOC ini.. punya penat g ulang alik last2 tiada pon gtaw result nya tmbahan kena tahan lagi.
 
 
12.50pm - jumpa dengan DOC lain.. Comel, Sweet,Nice,masih muda rasanya doc ini namanya Dr HIDAYATI. FYI, doc nie simple je tapi sekali pandang macam Fatin Liyana. dalam bilik tersebut ada patient lain tapi dah berumur jugak la..makcik itu dari Hospital Batu Gajah. jauh jgak la nak ke HRPB nie.macam2 la DOC Hidayati ni tanya. Kisah macam mana boleh sakit,sejak bila sakit, ada berapa lama dah sakit, ada sejarah keluarga x,. macam2 la DOC Hidayati ini karang dalam my File..hahahha :D
nampak sangat macam banyak penyakitkan siap ada lukisan lagi...
 
 
sementara tunggu ada pulak patient lain. nie kes keguguran. Kesian akak ini dari Hosp Gopeng terpaksa datang sini untuk check n bersihkan. jauh benor.. then other patient sebab bleeding banyak. berbalik pada makcik yang mula2 sebabnya dia tak ingt aapa yg ada dalam vigiana nye. katanye xpernah ada operate dulu tapi penah masukkan alat untuk tak hamil sewaktu umurnya 28tahun.. sekarang makcik itu berumur 78tahun.. nowdays dh berada selama 50tahun... Ya allah.. Allah masih menyayangi makcik tersebut.
 
 
FYI, sementara nk dapat doctor check masalah ada 4 patient terpaksa tunggu giliran. kala ada yang nazak/ betol2 sakit.. tak tahu apa akan jadi kan.. Waal'hualam la kan.. Doakan yang baik2 saja.. (pesanan en tunang ). Sebelum tue DOC hidayati dah pesan jangan g toilet sebab nanti susah nak nampak kalo buat ultra sound. tapi sementra tunggu DOC dah 2x kali pergi toilet..
 
 
3.00pm - barulah ada DOC yang free or tak tahu la jika ada miscoomunictaion antara DOC. almaklum hari JUMAAT kan rehatnya lama. 2 orang DOC lelaki & ppuan. So bila DOC dh sampai mmg bising la sebab sampai 4 patient sekaligus.. so kena la ikut urutan.. mula2 check makcik yang dari Hospital Batu Gajah tue. tak tahu la apa yg DOC ppuan itu buat tapi rasa macam dh dikeluarkan "things" dalam vagiana makcik tadi.
 
 
Now my turns. sebelum itu cakap pada DOC,sy nak ke toilet ini tapi DOC suruh tahan kan sebab nanti susah nak scan. tapi saya cakap semula nanti kena minum balik kan DOC.. cepat je doc tue cakap YES.. DOC kata tahan dulu yea,, kita buat ultrasound dulu.; bila buat je ultra sound. DOC seems terkejut sebab besar. now doc kta hurm ur bladder pon bny dah urine ini so pergi toilet dlu la. Lepas dh selesai semuanya doc cakap kena buat Ultrasound semua untuk pastikan sebelum buat apa2 keputusan.. lepas check DOC print out gmbar then betul CYSTS :(  
 
 
DOC kata awk kena operate jugak hari ini.. Ya allah, hari nie jugak..? sebabnya DOC risau jadi Twist Ovarian CYSTS. maksudnya takut cysts tue dah terbelit pada OVARI. sekiranya itu berlaku kemungkinan OVARI saya terpaksa dibuang. Ya allah mintak perkara tersebut tidak berlaku.. AMMIIN.. then saya kata saya kena call parents dulu sebelum admited ward . ingtkan nak pindah ke HOPSPITAL SEBERANG JAYA tapi DOC mcm garang dan tegas je kata. 


AWAK KENA OPERATE MALAM INI JUGAK TAPI BERGANTUNG PADA KEPUTUSAN PAKAR. SEBAB KITA TAK NAK BERLAKU APA2 RISIKO. AWAK BELUM KAHWIN KAN, SO SEKIRANYA KITA BOLEH SELAMATKAN OVARI AWAK, KITA AKAN CUBA. JIKA TIDAK TERPAKSA BUANG OVARI AWAK. TAPI AWK MASIH ADA SATU LAGI OVARI.
 
 
sedihnya bila DOC kata gini.. SO dengan berat hatinya CALL MyMAMA dan cakap kena admit ward sebab doc risau jadi Twist Ovarian Cysts
to be continue...

Monday, March 2, 2015

Ovarian Cyst




 


Benda ni lah berjaya dikeluarkan dari perut aku.
Nama penyakit ni Ovarian Cyst. Dalam cyst ni ada air. Terjadi kerana hormon. 
Contohnya makan ayam yang disuntik dengan hormon kemungkinan besar puncanya 
( aku suka makan ayam )

Dalam cyst, jangan terkejut kalau ada rambut , gigi dan tulang sebab sel2 rambut , 
gigi kita akan turun pergi ke cyst. Ngeri kan.. dont worry, itu benda normal jee..

Pada awalnya, tiada rasa sakit atau tanda2. Cuma leh rasa lain di bahagian perut.
Semua wanita ada cyst, cuma bezanya besar atau kecil . Saya pesan pada smua wanita, 
pergi cek sebab benda ni membesar tanpa kita sedari .

Cyst ada dua, bahaya & tak bahaya. Saya punya Alhamdulillah xbahaya. Berat air dalam 
cyst ni 1liter bersamaan 1kg . Bayangkan bawak benda ni dalam perut . Erghhhh. 
Alhamdulillah dah kempis dah haha

Cara operation dia senang sahaja, just tebuk dan dia pecahkan air dalan cyst tu 
kemudian sedut sarung dan keluarkan. So, inilah hasilnya!! Menarik kan . 
Kalau cyst yg ada ketulan darah, ia perlu dibelah perutnya itu.

Jangan malu untuk kongsikan penyakit ni sebab wanita harus berjaga2. 
Lepas ni jangan makan ayam banyak sangat. Klu tak ini lah jadinya..

~ doakan saya cepat sembuh yaa ~
~ doctor yang wassup gambor ni, advance sgt my doctor. Siap wassup vdeo skali. I like it. 
Boleh tunjuk kat anok cucu cicit esok2 hehe


Menjawab persoalan dari Hariza Azmi ::
 
1. Cyst ni ada bnyk jenis..
Bezanya Bahaya dan tidak bahaya. Bahaya mungkin membawa maut.


2. Cyst terjadi sebab hormon. Hormon macam mana wallahu alam.

3. Macam mana ada rambut , gigi?? Sbb sel2 kita turun dekat cyst.. bukan rambut atau gigi.. 
tapi SEL . Mcm kita preggy, mcm mana baby tiba2 ada rambut ?? Mcm tu la cyst.

4. Yer.. memang saya operate keluar kot perut dan cyst dekat rahim. 
kena paham sbb cyst sy punya besar.

5. Org xmakan ayam pon boleh kena cyst, so punca dia xsemestinya makan ayam.

6. Doc just buang cyst, not ovari. Unless cyst tu dah berjangkit ngan ovari. 
Soal percentage pregnant atau tak, wallahu alam.

7. Even dah buang cyst, berkemungkinan cyst akan tumbuh balik, sebab cyst ibarat pokok, 
kita tebang batang je. Akar belum. Salah satu cara xnak bagi cyst tumbuh balik, kena buang ovari. 
Ovari tu lah akar kpada pokok

Any question???