Followers

Friday, August 8, 2014

Tazkirah Jumaat 08.08.2014

Bismillah
Wahai lelaki dan wanita yang berpasangan tanpa ada hubungan yang sah. Tidakkah kamu sedar hubungan kamu satu maksiat. Tidakkah kamu rasa memegang khinzir itu adalah lebih baik daripada memegang pasangan kamu. Tidakkah kamu merasa bersalah kerana merosakkan hati kamu. Tidakkah kamu merasa berdosa dengan tingkahlaku kamu.

Wahai lelaki, bila tiba saat waktu tua mu, masa itu kamu tersedar bila melihat anak-anakmu dan generasi hadapan berpasangan tanpa segan silu. Dari luar rumah hingga dalam rumah. Masa itu baru kamu terfikir yang layakkah kamu mendapat syurga Allah kerana sikap DAYUS kamu wahai lelaki. Apa sahaja perlakuan kamu semasa muda, kamu terlihat semula di usia tuamu. Baru kamu terkenangkan arwah ayah dan ibumu menanggung siksa didalam kubur dahulu kerana merelakan kamu berpasangan dengan yang bukan mahram.

Wahai wanita, tidakkah kamu merasa jijik melihat diri sendiri tidak menutup aurat, berpakaian ketat dan bergaul bebas. Tidakkah kamu rasa kecantikan kamu akan tamat pada masa yang singkat. Tidakkah kamu rasa lelaki yang menjadi pasangan bukan mahram kamu itu akan terus menyayangi kamu hingga ke syurga. Tidakkah kamu terfikir zuriat yang bakal kamu lahirkan akan mendengar kata-katamu nanti.

Tinggalkanlah maksiat. Putuskan hubungan jika kamu tidak bersedia berkahwin dan berkahwinlah cepat jika kamu tidak mahu berpisah. Ingatlah bahawa sakaratulmaut menjemput kamu bila-bila masa. Sempatkah kamu bertaubat dari maksiat hubungan kamu atau kamu mati dalam keadaan melakukan maksiat.

Bertindaklah segera untuk bertaubat jika kamu benar hamba Allah, bertindaklah segera jika kamu mahu keampunan dari Allah, bertindaklah segera jika kamu takutkan Allah.

SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMATLAH DAHSYAT !!
DAN
ALLAH SENTIASA MENERIMA TAUBAT BAGI SETIAP HAMBA-NYA BERTAUBAT DAN MENINGGALKAN MAKSIAT

No comments: