Followers

Monday, March 3, 2014

Jom kenal perempuan dengan lebih mendalam

1. Perempuan adalah makhluk yang …paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni.. . 

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia. . 

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi.. . 

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis. . 

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik. *diet . 

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu. . 

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai. . 

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat. . 

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja. . 

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal. . 

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula.. . 

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta. . 

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu. . 

14. Perempuan bila melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka. . 

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat. 

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat. . 

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja. . 

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik. . 

19. Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun. Risau tak sudah. . 

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai. . 

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan. . 

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu . 

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang. . 

24. Air mata adalah senjata wanita. . 

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu. . 

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah. Cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia. . 

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2. . 

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak. . 

29. Walaupun busy macam mana pun tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. . 

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu, Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti..

1 comment:

ejulz said...

perempuan memang sukar difahami.. selalu tgk kes2 perempuan diduakan dan dipermainkan lelaki tapi masih setia kat lelaki tu.. tp bila lelaki setia perempuan pula sebaliknya.. memang x faham..