Followers

Tuesday, March 25, 2014

New Buddies as TeamMate Working



salam sejahtera.
1st, kalo boleh sama2 kita mendoakan untuk Penumpang+Crew MH370.
Al-Fatihah..

Secara rasminya setelah men'yain' kontrak bersama CareerExcel selama 6 bulan
sebagai Customer Service Profesional TM Unifi..
nampak macam GAH je bunyi tapi disebaliknya...macam2 yang perlu dilalui.


sebelum melepasi dan menerima jawatan sebagai CSP ini :
+ Exam BM,BI,MATH
+ Interview (beramai2)
+ Typing Skill
+ Assessment Reading + Listening (Macam MUET)
+ Technical Test (for technical team CSP Unifi )

alhamdulilah,berjaya mengharungi kesemunya walaupon bermacam2 ujian..
macam my MOM kata ujian mengalahkan nak masuk exam SPA 
betul la "USAHA TANGGA KEJAYAAN"..

nak pergi tempat interview dulu bukan main susah lagi sehingga perlu pakai GPS someone :)
pakai GPS pon kadang2 boleh salah jalan sebabnya silap taip ROUTE yang dikehendaki..


NOW, my last training but until melepasi last exam iaitu OJA (On Job Assessment)
means kena melepasi ujian jawab call live dengan customer(real) dan cuba solve kan masalah mereka.
tetapi hanya masalah teknikal sahaja yang diterima..
baru lah boleh memegang jawatan sebagai CSP di TM Unifi Centre,PFCC


p/s: WISH ME LUCK


laluan hari ke tempat kerja



all my TeamMate


lukisan untuk sambungan fiber to the home

only punjab girls "I'm HUNGGRY..dont mess...hehehehehe" :)

Kata2 trainer..'blur2 sotong' dan..yg paling pemes "OK GOOGLE" !!!

Take 5 before bta

My New Friend at PFCC


Last but not least :) 






Pray for MH370






Diharap ahli keluarga mangsa tabah untuk menghadapi dugaan & ujian.
mungkin orang yang tidak berada ditempat mereka tidak tahu bagaimana perasaan mereka..
tapi apa yang kita boleh buat adalah dengan mendoakan kesejahteraan bagi ahli keluarga yang
masih hidup untuk meneruskan kehidupan..

Dimana tempat kita bermula,Disitulah tempat kita kembali.. 
Itu janji Allah..
apa yang ada didunia hanya sebagai pinjaman sementara sebaiknya kita gunakan dengan sebaiknya..
Insyallah..


Thursday, March 6, 2014

Realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah

Copy paste ..

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah

kredit >>Abg Ben Page

Monday, March 3, 2014

Jom kenal perempuan dengan lebih mendalam

1. Perempuan adalah makhluk yang …paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni.. . 

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia. . 

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi.. . 

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis. . 

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik. *diet . 

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu. . 

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai. . 

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat. . 

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja. . 

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal. . 

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula.. . 

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta. . 

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu. . 

14. Perempuan bila melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka. . 

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat. 

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat. . 

17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja. . 

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik. . 

19. Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun. Risau tak sudah. . 

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai. . 

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan. . 

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu . 

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang. . 

24. Air mata adalah senjata wanita. . 

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu. . 

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah. Cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia. . 

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2. . 

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak. . 

29. Walaupun busy macam mana pun tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. . 

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu, Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti..