Followers

Sunday, June 30, 2013

Berubah



Janganlah menghukum seseorang atas perbuatan mungkarnya yang lampau..
Siapa kita menentukan baik buruk syurga neraka seseorang..
Sedangkan mungkin dia telah kembali ke landasan jalan..

Sedang Allah lagi mengampunkan..
Terimalah seadanya insan itu
Sebagaimana kita memperlihat diri kita..
Ya! Kadang kala kita alpa..
Seronok melihat sesuatu yg buruk perihalnya..
Sekiranya kita melatah
Tidak lambat untuk mengubah..
Segeralah istigfar kepadaNya..
Mudah2an terampun segala dosa..

Dan seandainya masih leka..
Nasihatlah wahai sahabat agar
kita tidak terus hanyut
Menanggung dosa yg amat berat..
Segeralah berdoa dan taubat..
Semoga hidup lebih berkat..
Terima kasih kepada sahabat
Sentiasa ingat memperingat
In syaa Allah hidup kita diredhai sepanjang hayat..

Ya.., Allah ya..Rabb lindungilah kami dari segala kemungkaran dan hasutan..
Peliharalah kami juga dari segala kejahatan dan khianat..
Moga hidup kami lebih tenang dan selamat dunia dan akhirat..

Friday, June 21, 2013

New TarGet




alhamdulilah, ALLAH masih memanjangkan umur kita sehingga hari ini..
SALAM JUMAAT..
lamanya tak mengupdate belog ini.. wah,buat macam ada yang membacanya...
apa2 pon, dah sebulan lebih setelah masuk untuk VTO..
kejap sahaja masa berlalu... tinggal lagi sebulan lebih sehingga 02.08.2013
untuk hari terakhir pembelajaran untuk menjadi seorang tenaga pengajar..


bagi yang tidak tahu apa itu VTO adalah Vocational Training Officer
boleh rujuk disini -->>Kursus VTO
diharap doa saya tercapai la untuk menjadi tenaga pengajar..


semalam (20.06.2013), roomate saya cabar saya untuk dapat lebih CGPA 3.00++
untuk VTO kali ini sekiranya saya dapat melepasi target tersebut, sekrianya saya
graduation nanti roomate saya akan hadiri konvo saya dengan membawa hadiah..



bukan hadiah yang membuat saya menanti tetapi cabaran yang diberikan..
insyallah akan saya usahakn nya dan untuk dapat keputusan yang lagi cemerlang 
dari DIPLOMA sebelum ini.
ini juga harapan dari MAMA yang tersayang untuk saya dapat kerja yang lebih baik...
insyallah... saya akan usahakn yang terbaik...




Tuesday, June 11, 2013

Munajat Istikharah Cinta



Ya Allah, 
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu, 
Dan aku memohon kekuasaanMu 
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu

Dan aku jua memohon kepadaMu 
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung, 
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa 
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan, 
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan, 
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku… 

Ya Allah, 
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, 
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku, 
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, 
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku, 
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini, 
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, 
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan merintih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini 
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku 
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan petunjukMu.“


In progress by Istikharah



cara buat solat istikharah

Ya allah, semoga dipermudahkan oleh-MU dengan memberiku petunjuk
dalam membuat keputusan untuk masa depan ku dan jodoh ku..
Sekiranya dia adalah yang telah tertulis di Mahfus untuk ku, berikan petunjuk
untuk kami mengikuti ke jalan yang benar seterusnya membina Masjid bersama..


TataCara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa Istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Doa istikharah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

credit by harianislam.com

Sunday, June 9, 2013

Blog New Look !






nie header yg lama.. agak lama la jugak menggunakan template & header ini..
bgai saya 22 template nie best...



thanx to blog Saya Cik Amal kerana sudi mengedit blog saya yg xberapa nak
 femes & dikenali ini.. boleh ke fb : CIK AMAL
















Hikmah Berhijab




klik gambar untuk tumbesaran yg lebih jelas..


Saturday, June 8, 2013

Marathon Fast and Furious Series


Disebabkan dah tengok Fast and Furious 6 minggu lepas.
memang best habis la sebab movie fav action racing..
then ada combination dari fast and furious 2 - 5.. memang superb la..
tambahan tengok Brian and Dom, alahai cair nya.
kacak gila..hehhehe 
my rating : 5 star 

so rasa tercari2 je nak tengok dari mula... :)
kalo nak tengok online boleh ke sini -->> Fast and Furious Series 












APA ITU SEKUFU?




Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”

Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

-kopi from yuyu-


Thursday, June 6, 2013

Tanggunggungjaw­ab Seorang Suami.. Elok baca ni tapi jangan emosi !!



Jika masyaratkat Malaysia hari ini benar-benar mengamalkan budaya Islam, rasanya mesti tak ramai suami yang sannggup berkahwin sampai 2,3 dan 4. Yelah mana nk masak lagi, kemas rumah lagi, jaga anak anak lagi... Kalau isteri sorang anak dah 4 orang. Kalau isteri 2, 3, 4 orang??? Huhuiii pastu kita lihat pulak siapa yang rajin berleter di rumah... Toing3...! Joommmm baca!

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?" 

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku" 

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?" 

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je" 

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak" 

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?" 

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?" 

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi" 

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?" 

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar" 

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?" 

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami" 

Muin : "Hoh, layan suami je?" 

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je" 

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami" 

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul" 

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke." 

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu." 

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?" 

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun" 

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya" 

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?" 

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu" 

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?" 

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik" 

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri" 

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah" 

Muin : "Ooooo, baru aku tau" 

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa" 

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....." 

Sumber : alamsukma.blogs­pot.com