Followers

Monday, May 6, 2013

Penangan "SUAMI AKU USTAZ"



Alhamdulilah dh berakhir sudah PRU-13 semalam(05.05.13), diharap semua berpuas hati 
dengan pemilihan dan kemenangan buat BARISAN NASIONAL sekali lagi digalas untuk 
memerintah kerajaan MALAYSIA. Diharap pemimpin negara dapat menunaikan janji dan 
menjalankan amanah yang diberikan.
Back to our title entry, "SUAMI AKU USTAZ"
Penangan apabila membacanya seperti kita membaca mesej /sms yang boleh membuatkan 
saya tersenyum sendirian. terasa seperti tengah bercinta... tetttttttttttt :-/
walau apa pon saya tak habis membacanya lagi sebab baru mula membaca.
ye la tak tahu bila akan habis sebabnya ada je kerja yang nak dibuat tambahan pula kelas
untuk VTO akan bermula esok.. Saya boleh membayangkan betapa packnya jadual harian saya 
selepas ini dari jam 0800 - jam1700... Agak2 kalo sibuk dengan belajar ini boleh kurus tak???
Kalo dah habis nanti saya akan update di next entry yea... :D
ini adalah baki barangan yang dibeli untuk menghabiskan baucher buku rm100 dari rm250 selebihnya kepunyaan member saya


Terbitan KaryaSeni - April 2012
SUAMI AKU USTAZ - HANNAH DHANIYAH
HARGA BUKU : RM22.00

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?



Bagi yang dah membacanya, please drop komen anda 
dibawah yea...kongsi sikit :)



2 comments:

Hanif Idrus said...

hari ini dah baca dua blog bercerita tentang novel..hehehehehe
Seperti biasa aku kena rekemankan kepada wife aku ....

mi$$ch0c0laTe said...

yea2 harus rekomenkn pada isteri untuk baca :D