Followers

Monday, April 29, 2013

Kehidupan sepanjang Cuti Semester


Salam sejahtera & 1 Malaysia.. 
Memandangkan dah dekat dengan PRU-13 so ramai la yang memberikan pandangan
mengenai parti yang bertanding.. Maafla kalo kata ada yang terasa,tetapi bagi yang terlalu 
fanatik & obses dengan parti masing2, kadang2 ianya membuatkan pembaca merasa annyoing 
bila melihatya sama ada di facebook or di dada akbar.
So harap dapat mengundi untuk parti yang terbaik untuk menguruskan kerajaan di Malaysia..


Back to our story, memandangkan pratikal dah habis pada 29.03.2013 yang lepas di 
Scrap Computer Trading, Shah Alam.. Wow,hampir genap sebulan jugak la berada dirumah..
Sebelum balik lagi dh plan nak keja bukan apa malas nak membela badan je..
Mula keja pada 02.04.2013 - 25.04.2013, mulanya ingat agak kekok la sebab dah lama tinggal
akan kerja ini lebih kurang 3tahun yang lepas.. Tetapi ternyata saya masih tidak melupakan
basic untuk menjadi cashier..hehehe


Yang pasti,ianya akan meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin dilupakan kerana
staff di KFC Bukit Minyak sangat2 peramah & caring. Even saya masih baru tetapi mereka hormati 
saya sekiranya ada kesilapan yang saya buat. Walaupon tak sampai sebulan kenal tetapi terasa
amat rapat tak kira sama ada staff atau manager.

Alhamdulilah saya dapat CMS 100% dari misteri customer. thanx kerana berpuas hati dengan service
yang saya berikan. hope ley dapat lagi la even saya dh tak kerja di KFC bukit minyak lagi..


  please try this new product Korean Crunch Chicken


Hai, im new cashier at Restoran KFC Bukit Minyak


wif iera



wif imah



geng yang dah nak habis kerja dibaris depan hanya Ikhwan,me,azrel



im aina :)



souvenier from my sis aka Cik Am from ClubMed


alhamdulilah rezeki CMS 100% thanx mystery customer :D









Sunday, April 28, 2013

Semakan Online Keputusan Tawaran UPU Sesi 2013/2014




Semakan Online Keputusan Tawaran Kemasuakan Ke IPTA Sesi 2013/2014 | Para pelajar lepasan Spm,STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang  telah membuat permohonan UPU kemasukan ke SPM,STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf bagi sesi 2013/2014.

Anda boleh buat semakan pada :

Lepasan SPM 2012/ Setaraf :
  • Para Pelajar lepasan SPM/ Setaraf Permohonan Kemasukan ke IPTA / Politeknik / ILKA / Matrikulasi Sesi Akademik 2013/2014 yang memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada minggu ke-3 pada bulan Mei 2013 ini
Lepasan STPM 2012/Setaraf :
  • Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik Premier bagi sesi 2013/2014 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka pada minggu ke-2 pada bulan Julai 2013

Semakan Keputusan Ke IPTA

Cara Semakan UPU Secara Online :
Cara Semakan UPU Melalui SMS :
  • Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Tarikh Keluar Keputusan IPTA :
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -2 pada bulan Julai  (STPM)
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -3 pada bulan MEI  (SPM) Mungin 17 Mei 2013
Note : Calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766.


Semakan Kemasukan Ke Politeknik Primeir 

Cara Semakan Politeknik Primeir SMS :
  • Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi kemasukan Politeknik Primeir  di  http://upu.mohe.gov.my/

Cara Semakan Politeknik Primeir SMS :
  • Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888

Tarikh Semakan Politeknik Primier :
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada 17 Mei 2013

Semakan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional

Cara Semakan Politeknik Online :
Tarikh Semakan Politeknik :
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada 24 Mei 2013
Talian Politeknik : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313 


Semakan Kemasukan Ke Matrikulasi 

Cara Semakan Matrikulasi Online
  • Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my setelah aplikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka 
Cara Semakan Mengunakan SMS :
  • SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Semakan Kemasukan Matrikulasi :
  • Dijangkakan Akan Keluar Pada 25 April 2013
Note : Maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja

Note : Aplikasi E-Rayuan dibuka (10 Hari ) Capaian Calon yang Gagal Bagi Lepasan SPM , STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf 

sumber dari : http://www.erazfadli.com ; http://www.mahasiswajohor.my

Monday, April 15, 2013

♥♥♥ TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥



Kredit to ~Medan Telekung.

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Friday, April 12, 2013

Question Mark ??


Pertanyaan dibawah ini yang membuatkn saya sentiasa berfikir,apakah jawapan yang sesuai
untuk persoalan dibawah.


sumber pakcik google 


Q: Adalah anda rela dan sanggup melepaskan orang yang anda sayang (tak kisah lelaki 
or perempuan) kerana apa?

i: tanpa sebab yang kukuh
ii: anda mempunyai masalah lain yang susah untuk anda berkongsi kepadanya
iii: masih sayang tetapi anda sudah tidak merasai keserasian(chemistery) lagi untuk bersama
iv: masih dalam memikirkan jawapan :(



Tuesday, April 9, 2013

Giveaway BFF FOREVER


Alhamdulilah.. Seperti dijanjikan, hari ini angah akan umumkan bahawa angah akan mengadakan 1Giveaway yang diberi nama Giveaway BFF FOREVER. Giveaway ini akan berlangsung lebih kurang 2 minggu iaitu dari tarikh hari ini (8 April 2013) dan akan tamat pada 21 April 2013. Hadiah pula adalah tajaan dari ramai penaja yang baik hati sudi bekerjasama untuk GIVEAWAY kali ini.




Syarat-Syarat Menyertai Giveaway BFF FOREVER ialah:

  1. FOLLOW Blog penganjur SEDINGINSALJU & DJH, Add To Circle Google +Mohamad Khairil dan Like DiariJejakaHangat.
  2. Wajib LIKE.FOLLOW blog sponsor2 berikut.
  3. Buat entri bertajuk Giveaway BFF FOREVER.
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
TOP REFFERAL juga dicari!!
BLOG PENGANJUR | DJH | SEDINGINSALJU |
BLOG SPONSOR | FIQA | RIEYA | ONE | AKMA | ERNY | SHAKIRAH | FIK |
LIKE FANPAGE SPONSOR |
  
KLIK SINI untuk lihat HADIAH



Monday, April 8, 2013

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai





1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Friday, April 5, 2013

MBO Cinemas - Wreck It Ralph eContest


from fb MBO CINEMA - Wreck it Ralph
this from my email
so sekarang mood holiday selama sebulan tetapi bila cuti lama nie la
macam2 benda jadi dan ada masalah..
1. charger fon BB rosak dan kena g ambik dekat Plaza Alam Sentral
2. kena tuntut hadiah di MBO Space U8 [nie alhamdulilah rezeki]