Followers

Tuesday, March 12, 2013

S.C.T


 

Salam sejahtera... salam 1 malaysia termasuk la SABAH..
Dikesempatan ini marilah ramai2 kita doakan keselamatan polis dan ATM yang ditugaskan untuk 
menjaga sempadan sabah.. Semoga pepeparangan yang berlaku ini akan cepat tamat dan penduduk
di negeri Bawah Bayu ini akan hidup dgn aman damai... INSYALLAH...

terasa lama tidak mengupdate apa2 di belog ini... maafkan saya yea kerana terlalu sibuk dengan kerja(praktikal) dan apabila habis kerja mlmnya g main badminton.. so conclusionnya susah nak ada masa...
macam banyak je kan alasannya tapi itulah hakikatnya.. kadang-kadang bila penat balik terus tido...
jangan tiru kelakuan diatas yea...yg diboldkn... :)

pejam celik pejam celik,rupanya dah hampir 3bulan tapi masih belum cukup lg sebabnya ada lg 14hari...
terasa seperti lama lg nak habiskan... tapi alhamdulilah  semunya ok dan beres saja.. kiranya dapat juga 
perolehi sikit ilmu dr S.C.T ini dan file portfolio juga hampir disiapkan mengikut masa..



meh sy perkenalkan apa ini S.C.T
 
 
 
Scrap Computer Trading Sdn Bhd adalah syarikat yang menjual peralatan dan barang komputer yang terpakai dimana ia juga mengambil barang-barang yang akan dilupuskan / yang tidak digunakan lagi. Setelah diambil ia akan di digunakan semula sama ada dibaiki dan dijual @ rosak dan dilupuskan. Selain itu , SCT juga mengambil pelajar yang ingin menjalani pratikal.

 
Latihan Praktikal :Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk melakukan latihan praktikal bersama kami, kami membuka peluang ini sepanjang tahun. Elaun akan diberi. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pelatih. Pengalaman secara "hands on" mengenali dan menguruskan pelbagai perkakasan komputer yang sukar diperolehi. Pengalaman yang meluas dari segi pengalaman pekerjaan di sektor industri, komunikasi, kerja berkumpulan dan juga pelbagai kemahiran tentang perkakasan komputer.


 
Scrap Computer Trading Sdn Bhd
Lot 8, Jalan Beremban 15/12,
Seksyen 15, 40020, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
 
 


No comments: