Followers

Saturday, December 29, 2012

Review To The Beautiful You


secara amnya, drama ini telah diadaptasi dari drama Jepun "HANAKIMI" yang 
juga diadaptasi dari komik jepun "Hanazakari no Kimitachi e "
drama ini mempunyai 3 drama yang berlainan bahasa iaitu Jepun, Taiwan dan Korea.
pada yang buhsan dan tak tahu nak buat apa boleh la layan drama ini..
sangat2 best sebab plotnya tak buhsan dan banyak membuatkan penonton tertanya-tanya 
apa yang akan terjadi pada episode seterusnya.







Drama ini mengisahkan Goo Jae Hee (Sulli F(x) ) yg merupakan gadis
 Korea tetapi tinggal di USA. Satu hari dia telah terinspirasi dengan Atlet 
Lompat Tinggi Korea iaitu Kang Tae Joon(Min Ho Shinee) yg berjaya 
memenangi Emas dlm Olimpik. Sejak Hari itu Jae Hee mula meminati 
dan menjadikan Kang Tae Joon sebagai idolanya. Selepas itu
 Kang Tae Joon bergelut dengan kecederaannya yg memungkinnya 
terpaksa bersara dlm acara Lompat tinggi.  Untuk melihat Kang Tae Joon 
pulih semula dan kembali aktif dalam acara sukan lompat tinggi, 
Go Jae Hee sanggup datang ke Korea dan mengubahnpenampilannya 
dari seorang perempuan kepada lelaki dan memasuki sekolah 
yang sama dengan Kang Tae Joon. Maka selepas itu bermulalah hari 
yg penuh cabaran untuk Go Jae Hee. Go Jae Hee akhirnya menjadi 
rakan sekelas Kang Tae Joon namun lebih memeranjatkan lagi bukan 
saja rakan sekelas tapi secara kebetulan Go Jae Hee juga menjadi rakan 
sebilik kepada Kang Tae Joon. Namun diawalnya Kang Tae Joon sangat
 dingin dengan Go Jae Hee dan dia juga tak suka berkongsi bilik dgnnya
 dan menghalau Go Jae Hee tuh dari biliknya sebelum akhirnya 
terpaksa menerima Go Jae Hee menjadi roomatenya & akhirnya 
menjadi rapat.


Trailer 


 Tema drama ni yg bertajuk Stand Up serta klip2 video dari drama ini
 


like him so much because of this drama

ini adalah lakonan ketiga Minho (Kang Tae Joon) dalam dunia layar. Minho adalah
 salah seorang kumpulan flower boy korea iaitu SHinee. Pendapat saya Minho
 terpilih kerana kebolehannyadalam acara lompat tinggi dalam masa yang sama 
jugak mempunyai pakej ( Rupa + Fizikal + Vokal) yang baik. Untuk pengetahuan 
umum, Minho aktif dalam aktiviti variety show sukan untuk Dream Team,  Idol Star Achletic dan Star King. sangat-sangat terpesona dengan semanagat kesukaan Minho 
dan memberi kan 100% tumpuan apabila melakukannya



Suka tengok Kang Tae Joon ni yg dilakonkan oleh Choi Min Ho 
ni ni penuh gaya n mmg sangat popular kt sekolah dia.. Awalnya dia
 digambarkan agak dingin dengan semua org n dia suka buat hal dia 
sendiri tak bercampur dgn org, pendek kata nampak sombong sikit 
sedangkan dia sebenarnya seorang yang baik hati, suka tengok dorm 
n bilik dlm asrama diorang dlm drama ni sangat cantik. 
akhirnya K.Tae Joon mendapat tahu yang G.Jae Hee ni seorang 
perempuan tapi dia berpura-pura seperti tak tahu yg G.Jae Hee ni perempuan..byk kali jugak la dia tolong G.Jae Hee sembunyikan rahsia 
G.Jae Hee dari terbongkar kpd kwn2 yg lain. paling best die akhirnya jatuh 
cinta pada G.Jae Hee. suka tengok dia ambik berat pada roomates 
dia tu kalau G.Jae Hee x balik bilik selepas pukul 10 mlm mulalah dia
 risau n akan keluar pegi mencari G.Jae Hee..so sweet..
then sangat seronok bila tgk K.Tae Joon ni mula rasa cemburu melihat 
keakraban G.Jae Hee dgn kwn baiknya iaitu Cha Eun Gyeol..



Sememangya sangat seronok melihat telatah Cha Eun Gyeol
(Lee Hyun-wooni dia ni pemain bola Sepak posisi Striker n mmg die ni
 jenis happy go lucky,ceria dia ni org pertama sekali yg baik ngan 
Goo Jae Hee selepas Jae Hee masuk sekolah lelaki tuh..akhirnya lama
 kelamaan die juga merasakan dia telah jatuh hati kepada Goo Jae Hee 
namun die sentiasa menafikan perasaannya kerana baginya Go Jae Hee
 adalah seorang lelaki bukan perempuan.. jadi dia sentiasa keliru dgn
 perasaannya dan kadang2 die merasakan dirinya adalah Gay
 sbb suka dgn G.Jae Hee yg disangkannya benar2 lelaki. sgt 
seronok tgk  dia jadi x tentu arah haha paling best bila die memberitahu perasaannya pada Jae Hee walupun die x tahu Jae Hee adalah
 perempuan. Akhirnya bila dia tahu G.J.Hee adalah perempuan die mmg rasa marah sbb rasa dipermainkan.


kepada yang hendak tengok secara online boleh ke sini :







No comments: