Followers

Sunday, September 30, 2012

Selesai !!


alhamdulilah dh selesai sudah suma tugasan yg perlu dilakukan... semuanya berjalan dengan lancar..
sila ke ENTRY INI  untuk mengetahui apa yg sy perkatakan 
apa yg perlu sekarang ada berdoa,tawakal & redha akan keputusan yg bakal diterima nanti...
kerana usaha telah dilakukan sebelum memperolehinya..
andai ianya sudah tertulis rezeki sy, insyallah akan dpat jugak.. AMIN.. !!

Saturday, September 29, 2012

Minggu Sibuk


sticky note minggu sibuk

10.09.12 - 23.09.12 - minggu stdy interview,exam

26.09.12 - g interview jalan cenderasari,kl

29.09.12 - g exam kt kepala batas,penang







di sini sy ingin memohon maaf sekiranya sy tidak membalas mana2 kunjungan 
blogwalking dari blogger lain..
sekarang sy sedang menyiapkan diri untuk menghadiri temuduga & 
peperiksaan dr suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA)
dan yg penting jugak adalah projek akhir saya..


kadang2 masalah internet agak slow & sukar untuk sy membalas blogwalking dari blogger lain..
sy ingin meminta maaf sekiranya sy terkasar bahasa selama sy menulis dalam blog sy ini..
sy mintak kalian doakan sy supaya sy dapat lalui temuduga,peperiksaan dengan baik..
isnyallah,kalo ada rezeki sy dapat menjawat salah satu dari kerja yang ditawarkan 
mengikut pilihan sydalam borang  (SPA)


korang boleh ke sini untuk membaca klik sini  ----->> Wordless Wednesday sy yg lepas



klik gambar untuk tumbesaran
panggilan temuduga untuk jawatan PEN PEG LATIHAN VOKASIONAL (PPLV) J29



klik untuk tumbesaran
insayllah,sy yakin & sy boleh buat.... AMIN...


klik gambar untuk tumbesaran
panggilan peperiksaan untuk PEN PEG TEKNOLOGI MAKLUMAT (PPTM) F29





Tuesday, September 25, 2012

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik





Kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan 

“Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”

Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. 
Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??


Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.


Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.


Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!


Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula


Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.


Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.


Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.” :)

Tuesday, September 18, 2012

Monday, September 17, 2012

1 MALAYSIA


salam 1 malaysia..
maaf kalo lambat mengucapkan tahniah kerana malaysia menyambut hari 1MALAYSIA pada 16.09.12
kita patut bersyukur kerana MALAYSIA adalah sebuah negara yg harmoni,aman,tenang & bahagia
tanpa gangguan dari mana-mana pihak luar yg ingin menceroboh...
sebagai rakyat malaysia kita patut bangga kerana menjadi warganegara Malaysia..






kalo nak tahu mengenai 1 malaysia jum baca ini

About 1 MALAYSIA


1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future. I hope this website will initiate an open and vital dialogue exploring our Malaysian identity, our purpose, and direction. I encourage each of you to join me in defining our Malaysia and the role we must play in its future. Each of us – despite our differences – shares a desire for a better tomorrow. Each of us wants opportunity, respect, friendship, and understanding.

klik sini 1 MALAYSIA

or 

DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa MalaysiaOne People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
SUMBER: 1Malaysia


GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com




klik sini yer..


 Saya nak domain .com percuma kerana sy suka berblogging menggunakan nama sy 
sendiri dan bukan menggunakan nama samaran. sy juga nak menghidupkan semula
blog yg menggunakan sama sy dlu tetapi xjmpa pulak entrynya...
insyallah kalo sy jumpa entry tue,sy akan update disinie :)
nk kan domain bukan untuk femes tapi untuk kepuasan diri sendiri saja... 


 Tag Sekurang-kurangnya 5 rakan Blogger dalam entry anda



ANTARA HADIAH GIVEAWAY INI ADALAH :
1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50 
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN
untuk sertai GIVEAWAY ini ?

1. Tajuk Giveaway "GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com"
2. Letak Gambar Giveaway di atas dalam Entry Giveaway
3. Follow @ Like (WAJIB) Blog/Fanpage Penganjur dan Sponser Giveaway ini
AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
 -CeritaKini -
-  Diana Store -
Luna Lee -
MahaMahu -
Kampung Kameq - 
Si Pipi Merah - 
Leen Najib -
Muaz Faris -



HADIAH UTAMA
1. Domain .Com, Topup Rm 30, 2 Aplikasi Fanpage, 1 Header
2. Cash Rm50, Topup Rm10, 1 Aplikasi Fanpage, 1 Header
3. Pendrive kingstone 8gb, Topup Rm15, 1 Aplikasi Fanpage, 1 Header



Pemilihan Pemenang

No.1 (Rujuk Syarat Sponser)No.2No.3 akan dipilih oleh penganjur/sponser
bergantung kepada Entry yang kemas dan menarik.. 



Sunday, September 16, 2012

GA kakinakl.com


klik sini untuk ke belog tuan tanah



Saya nak Neutrogena GA dari kakinakl.com kerana ianya semua produk kecantikan..
lagipon kalo nak beli sendiri macam mahal2 je kan....
in case sekarang kena masa berjimat-cermat untuk masa depan..[wah ayatnya..]
mungkin sy ini aura sy macam kaler putih tue yg sy piilih dermatological ini..
sy pilih dermatological ini kerana ianya produk kesihatan khusus untuk kulit..
kulit sy jenis kulit kering mybe boleh kembali baik setelah cuba produk ini,mungkin kn...
insyallah...AMIN..
produk kesihtan semenangnya bagus & baik untuk kulit kan..
kalo ada rezeki mungkin sy boleh dapat produk ini kan...






Contest ni sampai cukup bulan 

September 2012....

jam 12.00 tengah malam...


Saturday, September 15, 2012

Sekretariat LU12 UniMAP




SEKRETARIAT Larian Utara 2012 (LU12) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
sudah bersiap sedia dan menanti tarikh berlangsungnya larian tersebut pada 22 September ini.


klik sini untuk berita penuh


tahniah Pengarah Programnya, Muhammad Aizat Abu Bakar ..
tahniah seklai lagi yer kawanku...


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday 3# Nerves + teruja = Alhamdulilah


isnin lepas (10.09.12) sy dikejutkan dengan berita yg sy sendiri pon xsangka akan dapat...
tapi alhamdulilah rezeki sy murahkan... alhamdulilah...
syukur sangat...


nak tahu berita apa yg saya dapat..??
scroll bawah..


.....
.....
.....
...............
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
...............
.....
.....
.....
.....
.....
....................
.....
.....
.....
.....
.....
..........
.....
..........
.....
.....
.....
.....
.....
.....
..........

jeng..jeng..jeng..jeng..




click pada gambar untuk tumbesaran yg lebih besar



PANGGILAN TEMU DUGA PEN. PEG. LATIHAN VOKASIONAL GRED J29 (SISTEM & RANGKAIAN) DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 



miss chooclate:  perasaan ketika ini, nerves yg amat cz 1st time,
gembira,takut & macam2 perasan bercampur ketika ini..
kalo ada sesiapa yg penah lalui temuduga seperti ini tolong bg tips2 or note2 yg diperlukan
untuk lalui proses interview ini...
doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar yer... AMIN..


YA ALLAH,permudahkan urusan ku & berikanlah kekuatan untuk ku menempuhi temuduga ini..
AMIN..