Followers

Friday, April 6, 2012

♥ 16 JANGAN dari Ustaz Don Daniyal ♥

 

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka 

 pintu Berkat.
 

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi 

syaitan.
 

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang 

paling Sempurna


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita 

mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan 

mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang 


kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong 

apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan 


memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan 


kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya


 cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana 

lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk 
keselamatan Kita.

No comments: