Followers

Wednesday, January 18, 2012

Cinta Sekufu / Cinta Sedarjat


Apa pandangan anda mengenai cinta sekufu/sedarjat??

Pada pandangan saya, dalam memperkatakan hal ini, tidak ada jaminan bagi pasangan
 remaja yang sedarjat atau sekufu lebih baik daripada pasangan yang tidak 
sedarjat atau tidak sekufu. 


mungkin ada yang tidak faham dengan maksud sekufu itu sendiri,yang mana pada
 pandangan saya ia merupakan persefahaman atau persamaan di antara dua pihak
 untuk meneruskan kehidupan dengan bahagia dan tenang.


sedarjat atau sekufu taklah diwajibkan tetapi ia digalakkan sebaik-baiknya untuk 
suami lebih tinggi taraf. ini kerana suami yang akan menjadi ketua keluarga,
bimbang nanti lelaki akan dipandang rendah.


penting atau tidak,bagi saya ia bergantung kepada individu itu sendiri,sudah semestinya 
akan timbul percampuran pendapat dari ibubapa.ibubapa mestilah inginkan 
yang terbaik untuk anak-anak mereka.


ramai yang menitik beratkan tentang pangkat dan keturunan yang tinggi, pekerjaan serta
 harta yang mewah. Malah agama yang terakhir dinilai dalam perkahwinan.
incase, semasa merisik pon akan disoal selidik sehingga ke titik noktahnya. tapi disebalik 
soal selidik itu, adakah ditanya soalan seperti cukupkah solatnya, boleh jadi imam kah,
berapa kali khatam quran??
pernah dengar tak orang menanya soalan seperti ini,mayb ada yang jarang-jarang.


walaubagaimana pon,saya tidak menidakkan hal ini, malah sedarjat ini juga penting. 
Sikap baik yang kita lihat pada pasangan kita sebelum berkahwin tidaklah sama perangai 
sebenar yang kita lihat selepas berkahwin.


kesimpulannya, tidak kiralah pasangan tu sedarjat atau tidak,yang penting perlu
 memahami antara satu sama lain,faham akan tanggungjawab masing-masing dan
 memerlukan keimanan dalam diri.


benar kata pepatah "Cinta tak kenal siapa" yang harus dihayati dalam erti kata sebenarnya.
ia hadir tanpa dipaksa,kalo dah cinta itu tak nampak pun kekurangan,
menerima sesuatu dengan seadanya,tidak mengira walaupon sejuta kekurangan.
apa yang penting,berdoa,berdoa,berdoa dan terus berdoa kepada ALLAH 
yang maha Pengasih dan maha Penyayang.


wallahu'alam...

credit to : Mr AMMY...
(maaf sebab tak beritahu nak masukkan pandangan awak dalam
 belog MISSCHOCOLATE ini)

No comments: