Followers

Saturday, April 9, 2011

TIPS MENUTUP AURAT

 ***petikan dari MAJALAH solusi
 
 
1] Tahu.
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri2 pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum2 berkenaan aurat dan sebagainya.

 
 
2] Sedar.
Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

 
 
3] Syiar.
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri2 pakaian yang menutup aurat.

 
 
4] Fungsi cermin.
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "wahai cermin. adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri2 pakaian yang mematuhi syariah.

 
 
5] Asingkan.
Asingkan pakaian kepada 2 kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

 
 
6] Malu.
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya.

 
 
7] Sahabat.
Bersahabat dengan kawan yang boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang mematuhi syariah.

 
 
8] Eksklusif.
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umun secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

 
 
9] Banyak manfaat.
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Wallahua'lam

No comments: