Followers

Thursday, March 10, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


hye dear blog...
hari ini tayangan bagi HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA(HMM)..
nak pegi tengok tapi xley cz keja :(...
insyallah maybe this weekend baru pegi tengok dengan my sis/kawan kalo berkesempatan..

xtually tahun lepas ag sy dah berazam(ayt xley blah skit) nak pegi tengok dengan MY DEAR tapi disebabkan kami berada di negeri yang berlainan so terpaksa la pegi sendiri..
hope MY DEAR akan pegi tengok gak ler cita ini...
sy sukan cita nie cz ia menggambarkan keadaan pada zaman dulu..
i like sejarah...hehehe



jum sekarang kita tengok sinopsis HMM dari wikipedia...
*******************************************************
credit to: Wikipedia

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.



 


Release Date
10 March 2011
Genre
Action Adventure Epic
Studio
KRU Studios
About
This is the Official Hikayat Merong Mahawangsa's page.

An epic film directed by Yusry Abdul Halim.
Plot Outline
Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic adventure, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago. 

The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five... (read more)
Starring
Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Deborah Henry , Wan Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Hafidzuddin Fazil, Mano Maniam
Directed By
Yusry Abdul Halim
Written By
Amir Hafizi / Yusry Abdul Halim
Screenplay By
Yusry Abdul Halim
Produced By
Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim



**disini sy nak share link2 yg boleh dikunjungi untuk melihat HMM:

Video Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa

KRU Studio

Facebook 

Sastera Rakyat Kedah

No comments: