Followers

Thursday, February 10, 2011

 
tadi masa kt flex, sja la search tentang 
 
PENGATURCARAAN KOMPUTER..
 
 
walaupon agak lama tapi ia sangat bermakna bagi 
 
student jurusan kejuruteraan..
 
 
memang tidak dinafikan, bidang ini sangat susah diceburi jika tidak minat 
 
tetapi sekiranya ada usaha+ rajin untuk mempelajari dan memahami
 
sudah tentu kita dapat mempelajari nya..
 


=========================================

"man'jadda wa'jadda"
maksud: siapa yang bersungguh sungguh pasti akan mendapatkannya.
 
=====================================================
 
 
 
sy tahu mengenai peribahasa arab ni ketika sy berada di sek men tarbiYah diniah,kulim..
sekolah tue adalah aliran bahasa arab, so xmustahil la sy boleh taw kan...

tapi sekarang walaupon xbelajar disekolah aliran arab, pelajar2 juga boleh mengetahui mengenai peribahsa ini kerana ia adalah KATA SEMANGAT..

so, xmustahil la kan bagi student2 kejuruteraan untuk mempelajari mengenai bidang
yang mereka ceburi..
 
seterusnya, mencapai impian mereka untuk menjadi JURUTERA, PENGANALISIS PENGATURCARAAN KOMPUTER, EKSEKUTIF IT, etc...
 
 



Harian Metro – 4 Ogos 2009 (Selasa)
Oleh : Siti Fatimah Hassan


Berdasarkan kajian Trend Pasaran Pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di Asia 
2007/2008 yang dijalankan ZDNet,peluang bagi professional dalam bidang itu di Negara ini 
masih banyak selain menawarkan kenaikan gaji sehingga 20 peratus tahun ini.


Namun, bagi pelajar bukan semua pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang itu setaraf 
dengan kemahiran mereka memandangkan ia dianggap kritikal serta memerlukan kelayakan 
yang tinggi.


Contohnya kerjaya pengaturcaraan komputer yang sering ‘digeruni ‘ pelajar kerana 
dianggap sukar berbanding bidang lain. Situasi itu menyebabkan kurangnya tenaga mahir 
dalam bidang pengaturcaraan komputer terutama golongan Bumiputera apabila Negara 
terpaksa mengimport pakar dari luar.Tanggapan di kalangan lepasan pelajar seperti ini 
perlu diubah kerana kita memerlukan mereka untuk menerokai bidang IT yang semakin 
maju ini. Sebagai pengaturcara komputer, tugas mereka adalah membangunkan arahan 
serta bahasa komputer yang digunakan untuk mengendalikan komputer


 Skop tugas turut merangkumi penyelesaian masalah komputer berkaitan teknikal bagi 
kedua-dua elemen pada sistem berkenaan. Seorang pengaturcara mengambil rekaan jurutera
perisian dan menukarkan kepada arahan komputer yang seterusnya membentuk sebuah 
program.Prose situ membabitkan penggunaan kod bahasa teknikal yang berbeza merujuk 
kepada penggunaan sesuatu program.


Menurut Pengetua Institut Generasi Adam Govindasamy, pelajar yang memilih bidang it 
perlu menyahut cabaran serta menerokai bidang pengaturcara yang menjadi cabang kerjaya 
menarik. Memang kita lihat tidak ramai lepasan pelajar Bumiputera yang memilih kursus ini 
kerana tanggapan itu sudah ada dalam fikiran mereka dan pilihannya ialah mengikuti kursus 
lebih mudah.


“Selain itu, mereka tidak Nampak peluang dan prospek yang ada dalam bidang ini. Bagi 
saya, kerjaya dalam bidang IT sememangnya luas tetapi kemahiran dan kualiti yang ada 
pada graduan tidak mencapai tahapditetapkan pasaran kerja sekarang.” Katanya.
Mengenai majikan pula, mereka kebiasaannya mencari pengaturcara yang mempunyai 
pengalaman khusus dalam bidang berkenaan.

Walaupun ijazah adalah sangat membantu, namun majikan lebih gemar 
memilih mereka yang mempunyai pengalaman praktikal atau kelayakan 
vokasional bagi memenuhi keperluan sumber Manusia dalam bidang 
pengaturcaraan. [Like This statement]

No comments: