Followers

Thursday, December 30, 2010

Dugaan / Petunjuk


Pada satu hari ak digerakkan oleh hati aku untuk pergi ke satu tempat yg dalam khayalanku ia amat indah. Saat aku melangkah keluar hujan lebat menimpa diriku sehingga basah kuyup diriku di buatnya. Ak kembali ke rumah, menyalin pakaian dan cuba pergi ke tempat itu kembali. Tapi kali ini aku lebih bersedia ak ditemani payung yg akan melindungi ak dari basah dek hujan, namun usaha aku nyata gagal. Ak tetap basah. Ak kembali mencuba, tetapi kali ini dengan ditemani oleh baju hujan dan kasut getah yang secara teorinya ak sepatutnya tidak akan di basahi oleh hujan lagi. Namun teori ternyata cuma satu kesimpulan awal berdasarkan logik akal manusia.. Dengan kuasa Allah, ak masih lagi lenjun dibasahi hujan.

Ak duduk sebentar, ak terfikir. Kalau hujan dah turun dengan lebatnya dan tiada tanda-tanda pun yang menjadi bukti bahawa hujan ini akan reda, kenapa ak harus lawan takdir Allah, ada eloknya kalau ak menjerang air masak, membancuh secangkir air sirap bandung suam dan menikmatinya sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah yang makin berseri dengan tisisan-tisisan hujan yang mengacakan alam ini. Tanpa ragu-ragu, ak pun mengambil cerek air elektrik dan memenuhinya, lalu menutup litar elektrik agar arus akan terus mengalir sehingga air mendidih. Namun sekali hatiku terpanggil untuk meneruskan apa yang ak belum ak selesaikan sebentar tadi.

Ak didatangi dengan buah fikiran yang membuat kesimpulan bahawa hujan ini merupakan dugaan oleh Allah kepadaku, kerana Allah itu maha adil, Allah tidak akan memberi kenikmatan pada seseorng muslim tanpa berusaha. Ak berubah fikiran, ak kembali kepada pendirianku tadi. “Aku ini pantang kalah,” kali ini ak mesti meredahinya walaupun aku akan basah kuyup. Ak bergerak dgn hanya ditemani hati yang kering dan badan yang aku selalu dimontivasikan agar sentiasa perkasa untuk melakukan semua perkara. Ak meredahi hujan ribut yg melanda, ak memaksa badanku untuk bergerak ke hadapan dan akhirnya, ak sampai ke tempat yang diwawarkan indah tersebut.

Namun kekecewaan melanda diriku. Tempat yang indah itu rupanya sudah rosak dek hujan lebat yg masih lagi belum berhenti ini. Ak pulang ke rumahku dengan perasaan hampa, kecewa kerana apa yang terngiang-ngiang dalam kotak fikiran ak tidak sama dengan gambaran sebenar tempat itu. Ketika pulang ak teringat akan air yang ak jerang tadi. Ak mempercepatkan langkah ak, ak ingin segera pulang dan menikmati air sirap bandung suam seperti dalam khayalan ak sebelum ini. Apabila tapak kakiku melangkah masuk ke rumah, ak segera ke dapur dan sekali lagi hatiku hancur apabila ak melihat rupa-rupanya bekalan elektrik rumah ak telah terputus oleh petir yg barangkali tersasar lalu memanah ke kawasan yg berdekat dengan rumahku.

Dan seterusnya menyebabkan pergerakan arus elektrik dalam rumahku terputus. Ak terpaksa mengulangi pergerakan yang sama lagi sekali semata2 untuk menikmati kenikmatan yang Allah bagi sejak awal-awal lagi tadi. Sementara menunggu air itu mendidih, ak terjeling ke luar jendela dan mendapati, hujan sudah pun berhenti. Kekecewaan diriku semakin menjadi, sekali lagi rancanganku tidak mencapai matlamat yang sepatutnya. Ak duduk di krusi kesayanganku, ak mengenang kembali apa yang telah ak lalui tadi. Ak mendapat satu kesimpulan, rupa-rupanya kegagalan ak meredah hujan tadi merupakan petunjuk oleh Allah kerana dia ingin memberi ak satu lagi nikmat yang jauh lebih baik dari yang ak kejar. Allah itu maha adil, dia lebih mengetahui dari kita namun dia akan memberi kita pilihan walaupun dia sudah mengetahui pilihan kita, agar kita sedar bahawasanya kita sudah salah memilih.

Teori yang sama seperti apabila kita mengajar anak kita, kadang-kadang kita kena biarkan mereka membuat kesalahan agar kita boleh menegur dia yang dia sudah membuat kesalahan. Bunyi air yang sudah mendidih mengejutku dari terus berkhayal. Ak membuat air sirap bandungku, ak mengidupkan radio untuk menemani diriku menikmati air ini, selepas sebuah lagu tamat didendangkan, ak diberi informasi oleh pengulas radio mengenai ramalan kaji cuaca pada hari besok, Ternyata Allah memberi peluang kedua buat ku. Mengikut ramalan kaji cuaca, hari esok hujan lebat dijangka turun lagi seperti hari ini. Ak tersenyum lalu merangka sebuah rancangan yg lebih baik berbanding hari ini, kejadian hari ini menjadi satu batu loncatan untukku keluar dari takuk yang lama ke daratan yang jauh lagi mencabar. Namun masih samakah nikmat hari ini dan besoknya. Allah yang maha mengetahui. Allahuakbar.

No comments: