Followers

Friday, June 4, 2010

haTi daN peraSaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila
kita akhirnya menemui
insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang
telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk
kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami. Memang benar yang
kita tidak akan tahu apa
yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa
kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali ! Jangan
harapkan cinta sebagai
balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati
anda. Ia Cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh
jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya makin susut.
Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman
untuk
mencerahkan hari suram. Carilah yang menbuatkan
hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila
anda teramat rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari
mimpi anda dan
memeluknya
dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda
mimpikan, pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa
yang anda inginkan
kerana
anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup
untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan
anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang
insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu
bayangkan diri anda di
dalam
kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa sahaja
yang datang dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang
menangis , mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan
masa silam. Semasa
anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang
akan
tersenyum dan orang di sekeliling anda pula yang
akan menangis.

No comments: