Followers

Friday, June 4, 2010

harGai owg yang menyanyangi anda

1. Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika
teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin
menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya
mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati
kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.


3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas
sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih.. kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.kalau ada jodoh, tak kan kemana..

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.


4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.


Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda
rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu
begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana
membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang
satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa
kamu pula?". jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu
sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidakmenghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.

Ulasan: Dia adalah cinta sejati anda.. selamanya...

No comments: