Followers

Tuesday, November 3, 2009

Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya???

this juz info nk koNgsiKan...

but the true is its't iTs true..i'm too dun noe...

1tHng 4 suRe seLma ak coUple ny, sUma y siNGle2 bKn hak miLik owg len bUt tnTg aTy n perasAAn diaOwg tue wa'allahualam La..
jZ skrng nY i'M siNgle la...=)

Kau dah lama single tapi macam mana pun kau cuba mengorat perempuan masih tak mendatangkan hasil. Suatu hari, kau berjaya mengayat dengan baik sekali dan kau pun berada dalam hubungan cinta yang baru. Perjalanan hidup kau semakin indah, kau dapati jumlah yang tinggi dalam adegan tepuk tampar, cuit mencuit dan main mata dari perempuan lain yang bukan pasangan kau. Adalah suatu peristiwa yang tak disangka-sangka, kejayaan kau mengorat seorang perempuan menjadikan kau magnet kepada perempuan-perempuan lain. Apa kejadahnya semua nie?

Macam lebah kepada madu, perempuan single tertarik kepada lelaki yang sudah berpunya. Ia suatu kebetulan yang menarik, adalah satu kekecewaan dan suatu yang tidak adil kepada lelaki yang baru terikat ini. Hanya bila pilihan sudah semakin banyak, kau tak dapat memilihnya. Walaubagaimanapun, alasan disebalik fenomena ini akan menjadikan kau lelaki yang sempurna, tak kiralah kau single atau sudah berpunya.

* Perempuan mahu sesuatu yang diluar batasan
Sejak dulu lagi telah bermula satu barisan panjang perempuan yang sangat menginginkan apa yang mereka tidak miliki. Kita dapat lihat trend yang sama terus sampai ke hari ini dimana perempuan menatap penuh harapan pada designer handbag, terliur kepada barang kemas edisi terhad dan mengejar barang-barang dikhaskan untuk lelaki. Baik manusia atas handbag, lagi menggoda sesuatu barangan itu, lagi menariklah ia.


* Perempuan mendengar hal-hal baik tentang lelaki berpunya
Seseorang itu adalah cerminan kepada pasangan mereka. Sebab itulah menjadi suatu kesukaan seseorang perempuan itu berlagak seperti PR pasangan mereka: untuk memberitahu sebolehnya bahawa pasangannya itu belajar di universiti tersohor dan oh dia bermain dalam band. Ketika dia sedang bangga bercerita, kawan-kawan perempuannya terpesona dengan kehebatan pasangannya. Pada saat dia sampai pada cerita lelaki itu bakal menjadi finalis Akademi Fantasia musim terbaru, tanpa syak wasangka lagi lelaki itu pasti akan menjadi dambaan ramai perempuan.


* Perempuan suka apa yang popular
Yang ini cukup mudah, perempuan inginkan apa yang perempuan lain ada. Pada mereka fakta seperti seseorang lelaki itu sangat diminati seseorang membuatkan lelaki itu patut dicuba. Lelaki berpunya sekurang-kurangnya ingin dimiliki oleh seseorang — perempuan disisinya, yang mengesahkan lelaki itu telah diuji dan diterima sebagai pasangan ideal — dan pastinya menarik banyak lagi perempuan lain.


* Perempuan juga ingin meninggikan ego
Lelaki ataupun perempuan, perkara yang paling menaikkan ego ialah mendapati dirimu itu bukan saja hot tapi super hot. Bayangkan jika lelaki mengambil risiko membahayakan perhubungannya — komitmen menjadi malapetaka — untuk suatu malam terkecuali dia keluar bersama perempuan lain, perempuan itu pasti pulang ke rumah perasaan seperti dunia dia yang punya. Itu satu loncatan ego yang tertinggi. Satu loncatan ego seperti itu pasti menukarkan tanah kering kontang kepada taman bunga paling harum didunia. Sebaliknya, jika dia gagal memenangi hati lelaki itu, pasti dia berkata “Tentu saja dia tidak sukakan aku, diakan dah berpunya.”


* Perempuan melihat lelaki berpunya mempunyai kualiti yang diinginkan
Untuk membantu kau lebih memahami bagaimana perempuan memilih lelaki, bayangkan lelaki adalah tempat letak kerata yang mengelilingi sebuah restoran popular di suatu malam minggu. Yang terbaik mestilah tempat letak kereta yang paling dekat dengan restoran, mesti akan sentiasa penuh sehinggalah restoran itu tutup. Tetapi semakin jauh ia dengan restoran, tempat letak kereta taklah berapa baik, sehingga ia kadang-kadang kosong, atau dalam beberapa kes terus tiada kereta yang nak letak disitu. Kesimpulannya, perempuan percaya lelaki yang single itu masih single kerana suatu alasan. Tetapi sebaliknya, lelaki berpunya adalah lelaki yang harus dikejar.


* Perempuan sukakan cabaran
Perempuan yang menunjukkan kombinasi yang tepat antara kasih sayang dan minat boleh mendapatkan lelaki single hanya dengan petik jari je. Sebaliknya lelaki berpunya adalah lebih sukar dijinakkan. Untuk permulaan, lelaki ini masih setia dengan pasanganya dan tidak tertarik untuk memperjudikan hubungan itu. Kau fikir ia akan menghalang keagresifan perempuan tadi, tapi tidak. Dengan dua hati yang berebut untuk mendapatkannya, (dan satu pasti akan hancur berkecai sebagai korban), taruhannya begitu besar untuk mengundurkan diri. Juga bagaimana jika lelaki itu tidak segembira ia dilihat? Perempuan tahu lelaki juga suka direbut, dan ada potensi pula pasangannya itu kurang memuaskan, selamat datang peluang baru!


* Perempuan ingin mengkhianati perempuan lain
Ada juga sesetengah perempuan yang tidak puas hati dengan jantina mereka sendiri. Masa sekolah rendah mereka main tarik-tarik rambut, sekarang dah dewasa mereka berebut lelaki pulak. Ada juga yang ingin membalas dendam, manakala yang lain menyaksikan secara live jika mereka “boleh mendapatkan lelaki itu” walau apapun korban emosi. Perempuan meningkatkan tentangan mereka dan entah bagaimana berasional yang pasangannya itu mendambakan perempuan lebih matang. Ingat juga bahawa perempuan tidak selalu sabar menunggu lelaki berpunya ini bebas. Mereka mahukan keputusan, dan mereka mahukan keputusan itu saat ini juga.


* Lelaki berpunya punya keyakinan tinggi
Lain kali bila kau keluar jalan-jalan, sila perhatikan orang disekeliling. Lelaki yang paling berkeyakinan disuatu-suatu tempat itu bukanlah yang suka merebut perhatian(attention whore) ataupun yang suka berlagak belanja kawan-kawan minum. Lelaki memancarkan keyakinan seperti aura yang sangat hebat. Lelaki itu seorang yang berjaya, bijak dan memikat tanpa sudah. Lelaki yang menikmati kemewahan seperti ini sudah semestinya berasa aman dan juga selesa. Mereka hanya risau sedikit, malah tidak berasa stress. Kesemua ini menjadikan dia seorang lelaki yang mempunyai kuasa graviti romantik luar biasa yang pasti menarik perempuan ke dalam orbitnya.

1 comment:

Piotelly said...

YUP..ape yg sedari tulis..100% benar..sy antara org yg mudah jatuh cinta pd org yg punya..pelik nyer org yg solo sy xde perasaan..punca nya sy rasa puas hati ade brg yg satu yg mnjadi rebutan org..(EGO perempuan kot) pastu lak bila jatuh cinta dgn laki kepnyaan org ni rasa diri ade pesaing..leh buat sy nak bersaing dan hebatkan diri..pastu rasa bangga bila laki org suka kita dan alih perhatian..tp maafkn sy, bukan sy niat nak rosakkn hubugnn org,sy tau lagi bts2 pergaulan..semua ni hny sy suka dlm diam jer..dan semua laki ni tau sy suka dorang tp hubungn xmenjadi kerna sy masih lagi pikirkn perasaan perempuan lain..suma nya sy hny simpan dlm hati,,sy pun xfhm dgn diri sy nape suka brg org..